Posts

Showing posts from 2014

[GAMBAR] Keadaan Banjir di Terengganu Sekarang.

Image
Assalamualaikum semua, Hari ni sofia nak cerita sikit pasal banjir yang berlaku sekarang dekat Negeri Terengganu dan beberapa negeri lain sebelah pantai timur ni, bila tengok gambar-gambar dengan berita dekat tv, rasa kesian sangat, habis rumah masuk air,barang rumah semua jangan cerita lah, semoga orang sebelah pantai timur sana bersabar dengan ujian Allah ni, Jom tengok gambar-gambar banjir yang sofia dah cari ni.Semoga kita boleh sama2 doakan mereka dalam keadaan selamat yee. Amin  =)

Khasiat Bunga Kantan dar Sofia Rahim

Image
Semalam tengah-tengah Sofia masak Asam pedas, terpikir jugak apa khasiat bunga kantan ni yang selalu orang melayu kita guna dalam banyak masakan.Lepas tu Sofia pun godek2 lah nak tahu punya pasal apa khasiatnya. Jom, Sofia terangkan sikit apa benda nya lah kan Bunga kantan ni. =). Bunga kantan atau nama saintifiknya  etlingera elatio r sangat terkenal dalam masakan. Bunga kantan yang masih belum kembang banyak digunakan dalam masakan tempatan seperti dijadikan perencah untuk membuat kuah laksa dan juga digunakan dalam masakan asam pedas sebagai pembangkit aroma. Ia juga sesuai dicampurkan dalam makanan kering seperti  kerabu yang dapat memberi rasa yang enak . Selain sebagai penambah bau dan rasa dalam makanan, bunga kantan juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Warnanya yang merah muda mengandungi bahan antioksida iaitu karotinoid yang baik untuk kesihatan. Antioksida yang terkandung dapat  mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit barah selain dapat men

JOM ikut cara Sofia hilangkan Bintik Hitam di muka.

Image
     Siapa yang ingin Bintik hitam di muka kita kan? Jom Sofia ajar sikit cara-cara nak hilangkan 'blackhead' ni.Bintik hitam ni atau dikenali sebagai “Black head” menjadi suatu masalah kepada seseorang yang mempunyai bintik hitam di wajah nya. Keadaan tersebut menyebabkan seseorang hilang keyakinan dan merasa tidak selesa. Bintik hitam terjadi kerana terapat liang-liang pori yang tersumbat yang disebabkan  oleh debu, kosmetik dan kotoran yang tidak dibersihkan dengan betul. Antara tips yang boleh digunakan untuk menghilangkan bintik hitam adalah: Menggunakan krim penghilang pori Krim kecantikan seperti pore cleanser senang diperolehi di kedai-kedai yang berhampiran. Pastikan anda membeli pembersih pori yang tulen bukan tiruan untuk mengelakkan kesan sampingan yang tidak di ingini. Menggunakan putih telur Rendam sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Kemudian, tampal tisu di di bahagian yang ditumbuhi bintik hitam tersebut. Tanggalkan tisu setelah ia mulai

7 JENIS ISTERI YANG SELALU DICERAIKAN.

Image
Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami. Rasulullah Shallallahu’ alaihi Wasallam bersabda, ” Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. ” (Riwayat Abu Dawud) Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya. Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya. Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memel

Kesalahan Berfesyen yang perlu dielakkan !!!

Image
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat rakan pembaca sekalian :) Manusia dengan fesyen memang tak dapat disangkal atau dipisahkan lagi. Lagi-lagi, kalau ternampak handbag, dress, t-shirt atau mungkin kasut yang lawa kemain. Boyfriend/Girlfriend pon boleh tertinggal nun jauh di belakang sana. kan?kan? Rasanya, majoriti daripada bebudak zaman sekarang tak kira umur, bangsa mahupun agama, semuanya suka sangat bergaya. Apa lagi kalau tibanya time sale (jualan murah), kemain penuh satu troli. Semuanya mesti lah cun-melecun, nampak stailo habis. Seringkali kita melihat masih ada orang yang berfesyen tetapi masih kelihatan tidak sesuai digayakannya. Ada juga yang kadang-kadang menjadi mangsa fesyen. Kesalahan dalam berfesyen adalah sesuatu yang normal. Walau bagaimanaupun, tak salah bukan kalau kita cuba untuk mengelaknya? 1.   Memakai stoking Dengan Sandal Padanan ini agak tidak kena langsung lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca negara kita yang panas.Kalau boleh, pakailah