Khasiat Bunga Kantan dar Sofia Rahim



Semalam tengah-tengah Sofia masak Asam pedas, terpikir jugak apa khasiat bunga kantan ni yang selalu orang melayu kita guna dalam banyak masakan.Lepas tu Sofia pun godek2 lah nak tahu punya pasal apa khasiatnya. Jom, Sofia terangkan sikit apa benda nya lah kan Bunga kantan ni. =).

Bunga kantan atau nama saintifiknya etlingera elatior sangat terkenal dalam masakan. Bunga kantan yang masih belum kembang banyak digunakan dalam masakan tempatan seperti dijadikan perencah untuk membuat kuah laksa dan juga digunakan dalam masakan asam pedas sebagai pembangkit aroma.

Ia juga sesuai dicampurkan dalam makanan kering seperti kerabu yang dapat memberi rasa yang enak. Selain sebagai penambah bau dan rasa dalam makanan, bunga kantan juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Warnanya yang merah muda mengandungi bahan antioksida iaitu karotinoid yang baik untuk kesihatan. Antioksida yang terkandung dapat mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit barah selain dapat mengekalkan awet muda

Bunga kantan juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan seperti mengubati luka. Air rebusan bunga kantan yang masih suam boleh digunakan untuk membasuh luka.

Manakala bagi mereka yang berpenyakit gout, kalian boleh lah mencuba petua tradisional ini untuk merawatnya. Caranya mudah sahaja.

  1. Ambil 3 batang bunga kantan.
  2. Rebus bersama 4.5L air sehingga akhirnya menjadi 3L.
  3. Minum secara konsisten selama tig hari berturut-turut
So,bunga kantan ni ada juga gunanya, bukan setakat nak sedapkan masakan jee.ok semua ,selamat memasak dari Sofia. =)

Comments