Kesalahan Berfesyen yang perlu dielakkan !!!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat rakan pembaca sekalian :)

Manusia dengan fesyen memang tak dapat disangkal atau dipisahkan lagi. Lagi-lagi, kalau ternampak handbag, dress, t-shirt atau mungkin kasut yang lawa kemain. Boyfriend/Girlfriend pon boleh tertinggal nun jauh di belakang sana. kan?kan?

Rasanya, majoriti daripada bebudak zaman sekarang tak kira umur, bangsa mahupun agama, semuanya suka sangat bergaya. Apa lagi kalau tibanya time sale (jualan murah), kemain penuh satu troli. Semuanya mesti lah cun-melecun, nampak stailo habis.


Seringkali kita melihat masih ada orang yang berfesyen tetapi masih kelihatan tidak sesuai digayakannya. Ada juga yang kadang-kadang menjadi mangsa fesyen. Kesalahan dalam berfesyen adalah sesuatu yang normal. Walau bagaimanaupun, tak salah bukan kalau kita cuba untuk mengelaknya?

1. Memakai stoking Dengan Sandal
Padanan ini agak tidak kena langsung lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca negara kita yang panas.Kalau boleh, pakailah stoking bersama kasut, flat shoe kerana sandal direka untuk menampakkan kaki anda.

2. Jangan suai padan pakaian yang pelik-pelik
Tidak salah jika korang ingin suai padan pakaian korang tetapi biarlah hasilnya sedap mata memandang. Jangan pula korang memakai tali leher dengan kemeja T berkolar, Turtle neck dengan seluar pendek atau apa sahaja yang menampakkan korang seperti mangsa fesyen. Jangan kerana hendak berfesyen korang diketawakan.


3. Pakai untuk menunjuk-nunjuk
Korang harus ingat dalam berfesyen ”less is more”. Elakkan menunjuk-nunjuk label atau jenama pakaian korang. Sudahnya nanti ada yang menggelarkan papan iklan bergerak pula. Pilihlah gaya yang ringkas dan sederhana kerana itu lebih baik.
4. Elakkan memakai sut pejabat tetapi mengenakan beg sandang
Korang nampak tampan dalam sut pejabat, tetapi mengapa perlu menyandang beg? itu sudah silap. Sebagai lelaki berkarier, tidak ada salahnya korang berbelanja sedikit membeli beg pejabat, tentu penampilan korang lebih menawan bukan.




5. Bergaya tidak kena tempat.
Sekiranya ingin menghadiri sesuatu majlis. Tidak salah jika korang bertanyakan tema atau dress code untuk majlis tersebut. Jangan hentam keromo nanti korang juga yang malu. Jika ingin keluar makan malam dengan teman-teman cukup sekadar mengenakan kemeja-T, Seluar Jeans dan kasut yang sepadan. Tidak perlu berlebih-lebihan.
6. Pilih Baju ikut saiz badan
Elakkan daripada mengenakan baju yang besar dan menggelebeh atau yang sempit sehingga ‘melekat’ di badan. Pilihlah saiz pakaian yang benar-benar sesuai dengan tubuh korang agar apa yang dipakai nampak elok dan menarik.


Kesalahan berfesyen di atas adalah di antara yang paling sering dilakukan. Dan korang seharusnya mengelakkan daripada melakukan kesalahan ini. 

Ingat, orang akan melihat penampilan kita terlebih dahulu sebelum melihat yang lain, maka pastikan penampilan korang mampu memikat hati sesiapa sahaja.


Comments